Ahad, Mei 31, 2009

SELAMAT HARI LAHIR (1 JUN)

Buat Mu, Suami Tercinta....

Kudoakan, biarlah yang terbaik berlalu dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran.

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU


Subuhnya - dimana aku berada masih enak dalam kelambu sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru terlupa aku semakin di hujung waktu siapa aku di depan Tuhanku.


Zohornya - aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku aku bertolak ansur dengan waktu aku gembira membilang keuntungan aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan siapa aku depan Tuhanku.


Asarnya - aku lupa warna masa cepat berubah bagaikan ditolak-tolak aku masih dengan secawan kopiku terlupa panas tidak di hujung kepala aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka siapa aku di depan Tuhanku.


Maghribnya - aku melihat warna malam tetapi aku masih berligar disebalik tabirnya mencari sisa-sisa keseronokan tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat-tongkat ruginya bertingkat-tingkat siapa aku di depan Tuhanku.


Isyaknya - kerana masanya yang panjang aku membiarkan penat menghimpit dadaku aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru bercumbu-cumbu dengan waktuku siapa aku di depan Tuhanku.


Kini aku menjadi tertanya-tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang.


~Sumber Diari Muslimin~

Isnin, Mei 25, 2009

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Masa berlalu begitu cepat....dah termasuk lingkungan umur 40 tahun ke atas, kena buat pemeriksaan kesihatan bagi menentukan kualiti kesihatan penjawat awam berada pada tahap yang memuaskan.

Alhamdulillah, dah pergi buat pemeriksaan di Hospital Changkat Melintang, tiada sebarang masalah kesihatan setakat ni, Cuma kena jaga makan....... kena berdiet bagi mengekalkan berat badan ideal.

Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah SAW?

Rasulullah SAW bersabda:

Mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu’min yang lemah...”(HR Muslim)

i) Selalu Bangun Sebelum Subuh
ii) Aktif Menjaga Kebersihan
iii) Tidak Pernah Banyak Makan
iv) Gemar Berjalan Kaki
v) Tidak Pemarah
vi) Tidak Putus Asa
vii) Tak Pernah Iri Hati

“Katakanlah (wahai Muhammad):”Jika kamu cinta kepada ALLAH, maka ikutilah aku nescaya kamu dicintai oleh ALLAH” (Ali Imran:31)

Ahad, Mei 24, 2009

KURSUS TAHUN 2009

Berikut adalah kursus yang telah aku sertai bagi tahun 2009:-




1. Adobe Illustrator (ICT)
di Makmal Komputer Pusat Latihan UiTM

2. Perkhidmatan Kaunter Berkualiti
di JPbSM, UiTM Shah Alam

3. Kursus 5'S Staf Pusat Latihan
di Dewan Seminar Pentadbiran

Rabu, Mei 20, 2009

KerAncAkKan PemBanGuNaN PLUiTM



Cadangan Bangunan Asrama, Blok Seminar dan
Pentadbiran serta Dewan Makan.

Selasa, Mei 19, 2009

BIDADARIMU

Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata padadirinya sendiri: "Para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"Tiba-tiba terdengar suatu suara: "Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."Bagaimanapun, bayi itu berasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya."Di sini -syurga- apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia," kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih."Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya.Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini." Terdengar sekali lagi suara tadi."Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih."Bidadarimu akan berbicara kepadamu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," berkata suara itu lagi.Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: "Aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?""Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,"balas suara itu."Tetapi, aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yangbegini indah," rintih bayi itu lagi."Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajarkamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggupmengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?"Kamu akan memanggil bidadari itu*IBU!"Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.Ibu*adalah bidadari dirumahmu!

Khamis, Mei 14, 2009

RENUNGAN

Hidup kita akan tenang dan bahagia jika kita jelas tiga persoalan pokok dalam hidup ini.

Who am I?
Allah jawab dalam Surah Al-Mukminun 12 – 14, Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan ) dalam tempat yang kokok (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu segumpal darah itu kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (bentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

Why am I here?
Allah jawab dalam Surah Ad Dzhariyat 56, Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

Where am I going after this?
Allah jawab dalam Surah Az-Zumar ayat 7, Kemudian kepada Tuhan mu lah kembali mu lalu Dia memberitakan kepada mu apa yang telah kamu kerjakan.

Kita datang sebagai makhluk ciptaan Allah swt untuk beribadah kepadanya dan suatu hari nanti kita akan kembali kepada pencipta kita di hari penghidupan yang sebenarnya. Di sana nanti kita akan persaksikan apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Maka bertolak dari situ tidak ada lagi kerisauan kerana setiap apa yang kita lalui dan alami adalah ujian dan cobaan dari Allah swt.

Rabu, Mei 13, 2009

Singgah Menginap..


Bersama Milah, Zan dan Shimah. Seronok! jumpa kawan lama.
Rombongan Pejabat Bendahari UiTM Pahang yang menginap di Pusat Latihan pada 7 - 8 Mei 2009.

Dan Waktu Pun Pantas Berlalu....




Kenangan Lalu tahun 1987.....rakan-rakan setugas semasa di ITM Kuantan,
sekarang sudah bergelar ibu....."Selamat Hari Ibu"

Selasa, Mei 12, 2009

Sekitar Lawatan Ke UiTM Perak


Menandatangani Buku Pelawat


Sesi Bergambar bersama Pengarah dan Staf UiTM Perak.





Sekitar lawatan di pejabat Pentadbiran dan Unit Kualiti


Jalan-jalan lihat kawasan sekitar kampus


Acara penutup, pemberian cenderahati dan jamuan makan.

Selamat Hari Lahir Siti Norhidayah yang ke 10



Mak doakan agar Dayah menjadi anak yang solehah...

Ahad, Mei 10, 2009

Rabu, Mei 06, 2009

Hari Lahir Fahmi


Selamat Hari Lahir ke -8 dan Kek Coklat....mak buat utk Fahmi.