Jumaat, Disember 25, 2009

SINGGAH JAP


PANTUN - MENUTUP AURAT

http://isteri.blogmas.com/2007/12/31/pantun-mari-menutupi-aurat/


Tutup aurat satu tuntutan,

Dalam keluarga wajib tekankan,

Kalau tak ikut gunalah rotan,

Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,

Lebih elok jubah mengurung,

Kaki pula mesti bersarung,

Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,

Orang jahat tak berani ngorat,

Bahkan boleh menjadi ubat,

Orang memandang boleh bertaubat.


Apa yang aneh bila dipandang,

Lengan pendek tapi bertudung,

Nampak seperti orang yang kudung,

Mata terpandang kaki tersandung.


Kalau nak ikut nasihat ini,

Jangan bertangguh ubahlah diri,

Benda yang baik tak payah diuji,

Akan terserlah akhlak terpuji.


Sudahkah kita tanamkan iman,

Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,

Keluarga menjadi contoh teladan.




Gambar hiasan....

Gambar hiasan.....

Sabtu, Disember 12, 2009

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5



Taufik di hari Graduasi
Semoga berjaya dalam peperiksaan SPM 2009



2nd Batch SPM MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang

Hari Keluarga PLUiTM 2009


Hari Keluarga kali ini telah diadakan di Lost World of Tambum, Perak pada 5 Dismber 2009.



Posing jap...


Cenderahati....



Tengok anak-anak seronok main air...




Selasa, Disember 01, 2009

GRADUASI PRA SEKOLAH


Inilah Kelas Pra Gemilang Adib di Sek. Keb. Sg. Galah

Adib....akan melangkah ke sekolah.. tahun 1 (2010)





Di hari Graduasi Pra Sekolah....



Pra Gemilang...
Datang dengan harapan.....
Pulang dengan Kejayaan.....
Menjadi anak-anak Cemerlang....