Ahad, September 27, 2009

Taman Rimba Ampang


Dalam suasana menyambut Hari Raya pada 23/9/2009 (4 Syawal) sempat juga ler bawak anak-anak ke Taman Rimba Ampang, mandi sungai..






SUASANA HARI RAYA 2009

Hari Raya Hari Bahagia, erat silaturrahim....
kunjung mengunjungi..
Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan


Kat Kelang, dari kiri Adol, Aza, Azman dan Alan
duduk Bonda


Ecah n Dayah dan sepupu-sepupunya,
kat rumah Farina di Tmn Beserah Jaya, Kuantan




Ecah, siti,ira dan fatin (PinkyGirls)


Kat rumah Mila di Tmn Indra Sempurna Jln Pekan, Kuantan


Kak Dirah n Zakirin


Kat rumah Kak Esah Kg. Chengal Lempong Balok, Kuantan.


Jamu selera kat rumah kak Esah


Ni kat rumah di Balok Kuantan, dari kiri Rahman, Sah dan Jah dan anak-anak.

Sabtu, September 26, 2009

PROGRAM PEMBANGUNAN KEROHANIAN STAF PLUITM





Beberapa snapshot yang diambil sewaktu program yang dijalankan di surau Az Zaharah, Pusat Latihan UiTM Kg Gajah Perak. Pengisian majlis ini diantara lain dengan bacaan tahlil, doa selamat dan berbuka puasa serta diikuti dengan Solat berjemaah maghrib, Isyak dan tarawikh yang di ketuai Oleh Ust. Nazruddin Hashim daripada CITU, UiTM Shah Alam. Tarikh Program :14/09/2009 . Program ini selain dari mengimarahkan Bulan Ramadhan Al Mubarak ia juga memberi kesempatan kepada semua staf dan jemaah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jemaah dan keluarga yang hadir

Ahad, September 13, 2009

SALAM AIDILFITRI


Assalamualaikum Wr. Wb.
Kami Sekeluarga Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.
Bagi yang balik beraya kat kampung tu, rancang dulu perjalanan anda. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai tempat yang dituju.
Kami sekeluarga balik kampung juga, tarikh perjalanan kami:-
18 September 2009 - Bertolak balik ke Kelang
20 September 2009 - Balik ke Kuantan
24 September 2009 - Dari Kuantan ke Kelang
25 September 2009 - Balik rumah Villa Tapah
27 September 2009 - Hantar Kak Dirah dan Taufik balik asrama
Semoga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan.

Khamis, September 03, 2009

Hari Ulangtahun Perkahwinan dan Hari Lahir bulan ini

~September 2009~

01.09.2009
Mahfuzal & Sharifah Roshasmila Syed Hamzah (8th anniversary)

02.09.2009
Sharifah Ros Aznira Syed Hamzah (32)

15.09.2009
Syarifah Syaiha bte syed Saifuddin (29)

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Untuk renungan:-
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal, atau harta yang halal
Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah

Rabu, September 02, 2009

SELAMAT BERJAYA DALAM UPSR 2009



BUAT IRSYAD
HANYA DOA DARI MAK DAN AYAH
BUAT YANG TERBAIK