Selasa, Disember 30, 2008

Koleksi Resepi Keluargaku

MAKARONI GORENG

Bahan-bahan:
1 paket makaroni - direbus mengikut arahan
Chiken meat ball - ikut suka
Telor 2 biji
Sayur campur (frozen)

Bahan tumis:
2 labu bawang besar - dihiris
8 ulas bawang putih - dihiris
1 paket perencah nasi goreng (120g)
2 paket kecil rempah kari daging
1 kiub ayam
Sedikit minyak masak
Sedikit butter ataupun planta
Sos tomato dan chili

Selepas bahan di atas ditumis, masukkan chiken ball, sayur campur, makaroni dan telor
yang telah dipukul. Goreng dan akhir sekali masukkan sos cili dan tomato sesedap rasa.




MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan:

1pkt makaroni - direbus ikut arahan belakang bungkusan
Tuna (air) 2 tin - hancurkan
Cendawan butang 1 tin (dihiris nipis) d
1/2 kiub pati ayam (hancurkan)
Telor 4 biji - 2 biji digaul bersama bahan2 diatas
- 2 biji utk curahan atas adunan seblm bakar(Kilatkan)
Lada sulah/Lada hitam secukup rasa
Bawang putih 2-3 ulas dicincang
Bawang besar 1 labu - dicincang
Garam secukup rasa
Keju Mozarella- tabur atas adunan

Cara-cara:
Semua bahan dicampur bersama dan masuk dlm acuan bakar bulat curahkan adunan telor
dan taburkan keju mozarella. Bakar sehingga masak(lebih kurang 20 minit)
Hidangkan bersama sos.




Sup Makaroni

Bahan-bahan ( 2 orang )
200 gm macaroni
1/4 ekor ayam- di potong kecil
Perencah sup- mengikut kegemaran, saya guna perencah mee sup adabi
sayur-sayuran seperti lobak merah, baby corn, cellery, bunga kobis, etc
Daun sup dan bawang goreng
Cara-cara
Bersihkan ayam dan rebus didalam periuk- Quantity air adalah mengikut citarasa
Bersihkan dan potong sayur mengikut citarasa
Masukkan perencah sup dan lobak merah kedalam rebusan ayam apabila telah mendidih.
Masukkan pula macaroni kedalam periuk.
Apabila macaroni sudah agak lembut, masukkan sayur2 yg lain
Apabila sayur telah lembut, boleh la dimatikan api. Tabur daun sup & bawang goreng. Tambahkan garam, jika perlu.
Nota: sup ini memerlukan banyak air kerana macaroni akan menyerap air. Selalunya orang akan merebus macaroni berasingan, tetapi dengan cara memasukkan macaroni kedalam sup akan menambah perisa kepada macaroni tersebut.



Nasi Dagang Terengganu
resepi daripada mak

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
**NASI**
4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
1/2 tin santan
garam dan gula
1 sudu besar halba
bawang dan halia (hiris halus2)
air
**GULAI IKAN TONGKOL**
1 tin santan
1 biji bawang besar , 3 ulas bawang putih , 2 cm halia , 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
6 keping asam keping
garam dan secubit ajinomoto
gula
5-6 biji cili padi
1 ekor ikan tongkol
1 cm belacan
**ACAR**
2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula
Cara-cara
NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.
GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.
ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.


Cheese cake
Simple cheese cake


Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula
Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kenali KeluargaKu

Diri Saya: Nama Sharifah Salwani Tuan Syed Dabal , berasal dari Kuantan Pahang Darul Makmur.

Suami : Azahari Ahmad

Berkahwin pada 2 April 1988

Cahayamata:
1. Siti Nadhirah Azahari (18 tahun)
2. Muhammad Taufik Azahari (16 tahun)
3. Muhammad Hazim Azahari (14 tahun)
4. Muhammad Irsyad Azahari (11 tahun)
5. Siti Norhidayah Azahari (9 tahun)
6. Muhammad Fahmi Azahari (7 tahun)
7. Muhammad Adib Azahari (5 tahun)
8. Siti Aishah Zulaikha Azahari (3 tahun)


Keluarga Besar

Adik Beradik (Seibu)
(Anak Arwah Mak dgn suami terdahulu)
1. Amrah Muhammad - 52 thn.
2. Ami Mustafa Muhammad - 49 thn
3. Asari Muhammad - 47 thn


Adik Beradikku:
1. Sharifah Salwani Tuan Syed Dabal - 41 thn.
2. Sharifah Hanisah Tuan Syed Dabal - 39 thn.
3. Sharifah Faezah Tuan Syed Dabal - 35 thn.
4. Sharifah Farina Tuan Syed Dabal - 33 thn.
5. Sharifah Hamila Tuan Syed Dabal - 31 thn.


Adik-Beradik: -
(Anak-anak Arwah Abah & Chek Seripah Zaharah)
1. Tuan Syed Hamzah Tuan Syed Dabal - 61 thn.
2. Syed Zainal @ Syed Yassin Tuan Syed Dabal - 58 thn.
3. Syed Saifuddin Tuan Syed Dabal (Arwah) - 55 thn.

Adik-Beradik: -
(Anak-anak Arwah Abah & Arwah Chek Wan Sepiah)
1. Sharifah Shamsiah Tuan Syed Dabal - 55 thn.
2. Syed Badaruddin Tuan Syed Dabal - 52 thn.
3. Sharifah Badariah Tuan Syed Dabal - 47 thn.
4. Sharifah Norazam Tuan Syed Dabal - 44 thn.
5. Syed Shaharum Tuan Syed Dabal - 41 thn.
6. Syed Shaharir Tuan Syed Dabal - 36 thn.

Rumahku Syurgaku


















Kami sekeluarga mula berpindah ke sini pada bulan Ogos 2003 dari Kampus Jengka UiTM Pahang. Villa Tapah, rumah residen staf Pusat Latihan UiTM Jln. Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan. Pusat Latihan disediakan untuk kemudahan latihan staf seluruh UiTM.
Saya staf di Unit Asrama sebagai Penyelia Asrama dan suami pula sebagai Pegawai Eksekutif di Unit Pentadbiran. Anak-anak bersekolah rendah 3 orang di Sek. Keb. Changkat Tin ,seorang di Sek. Men. Dato' CM Yusof, Tg. Tualang, seorang lagi tinggal di asrama MRSM Kepala Batas Pulau Pinang, IPTA anak yang sulong, UiTM Pulau Pinang.
Pekan berhampiran adalah di Kg. Gajah, Batu Gajah dan Kampar. Kalau nak shopping sakan kat Teluk Intan atau Bandar Ipoh.