Selasa, Disember 30, 2008

Rumahku Syurgaku


















Kami sekeluarga mula berpindah ke sini pada bulan Ogos 2003 dari Kampus Jengka UiTM Pahang. Villa Tapah, rumah residen staf Pusat Latihan UiTM Jln. Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan. Pusat Latihan disediakan untuk kemudahan latihan staf seluruh UiTM.
Saya staf di Unit Asrama sebagai Penyelia Asrama dan suami pula sebagai Pegawai Eksekutif di Unit Pentadbiran. Anak-anak bersekolah rendah 3 orang di Sek. Keb. Changkat Tin ,seorang di Sek. Men. Dato' CM Yusof, Tg. Tualang, seorang lagi tinggal di asrama MRSM Kepala Batas Pulau Pinang, IPTA anak yang sulong, UiTM Pulau Pinang.
Pekan berhampiran adalah di Kg. Gajah, Batu Gajah dan Kampar. Kalau nak shopping sakan kat Teluk Intan atau Bandar Ipoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan memori lawatan anda disini:------->