Isnin, Februari 07, 2011
Orang mukmin diseru manfaat dunia dengan bijaksana
Dunia ini harus kita nikmati dangan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.Dikatakan dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.
Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun, hakikatnya larangan itu demi kebaikan dan kesejahteraan manusia supaya tidak terjebak ke lembah kebinasaan.
Berbeza bagi golongan kafir, mereka bebas melakukan apa saja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tengelam di dalamnya.
Sebab itu selaku orang mukmin diseru memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju ke bahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-duanya (kebahagian dunia dan akhirat).
Namun, jika kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah akan memberikan satu kenikmatan saja iaitu dunia semata sedangkan diakhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.
sumber e-Hadith JAKIM
Selasa, Februari 01, 2011
BISMILLAH

MULAKANLAH hari anda dengan ucapan Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bacalah bismillah. Ketika anda buat apa pun sahaja, cuba untuk biasakan dengan memulakan bersama bismillah.
Tak susah. Cuma kita saja yang kadang-kadang rasa malas nak amalkan. Terlalu banyak kelebihan dan hikmahnya bersama bacaan bismillah ini dalam setiap amalan kita.
Amalkanlah bacaan bismillah ini sebelum tidur. Bacaan bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur mampu menghindarkan kita daripada gangguan syaitan, bencana dan juga mati mengejut.
Tak rugi kalau kita memperbanyakkan bacaan bismillah ini. Nak makan, kalau tak sempat baca doa makan, baca bismillah pun tak apa. Nak pakai baju, nak masuk ke rumah, masuk ke kelas, masuk ke kereta dan apa saja cuba jadikan bacaan bismillah suatu amalan kita.
Kalau masuk ke rumah sentiasa bersama bismillah, insyaAllah berkat dan aman rumah tangga. Harmoni anak-anak bersama keluarga.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri ada bersabda, Tiada ada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yang bertugas untuk mencatat dalam buku amalannya sebanyak 400 kebaikan.
Isnin, Januari 17, 2011
Segera beribadat sebelum datang bala
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Segeralah kamu semua untuk melakukan amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara , adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua atau pun kakayaan yang menjadikan diri kamu curang atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan atau tua yang menjadi nyanyuk atau mati dengan tiba-tiba atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ia adalah seburuk-buruk makhluk tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, atau pun datangnya hari kiamat pada hal hari kiamat itu adalah hari paling dahsyat bencana serta pahit pula penderitaannya.”
Umat Islam dilarang menangguhkan dan melambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinan adalah satu daripada ujian kehidupan.
Ada setengah golongan yang menjadi sibuk serta leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir.
Sumber: JAKIM
Isnin, Disember 06, 2010
Sabtu, Oktober 30, 2010
Isnin, September 06, 2010
Salam Aidil Fitri
Sabtu, Ogos 21, 2010
Renungan...

erti hidup pada memberi
erti hidup apabila sentiasa belajar mensyukuri
erti hidup apabila sifat qana'ah ditanam dalam diri
erti hidup apabila segala qada' qadar Allah diredhai
erti hidup apabila sifat berlapang dada dan sifat mahmudah bergaul sebati dalam diri
dan erti hidup lebih bererti bila manusia tahu hakikat dan tujuan diciptakan olehNya
ke dunia yang fana ini.




