Jumaat, April 24, 2009

RENUNGAN

Ujian Hidup ; Bagaimana menanganinya ?

Sedarkah kita, kadangkala masalah yang sering menimpa kita membuatkan kita lupa pada pesanan Al-Quran sehingga kita bertindak di luar ajaran agama dan kadang-kadang apa yang kita tuturkan membawa kepada rosaknya aqidah kita.Begitulah yang terjadi bila mana hati kita tidak dibajai dengan iman dan taqwa.Kita mudah mengeluh dengan semua keadaan yang berlaku. dan persoalan hidup kita harus berwaspada
Sebenarnya, dalam menghadapi ujian tentang persoalan-persoalan berikut :

1.Kenapa aku diuji ?
Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata : “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?...(Al-Ankabut:2)

2.Kenapa ujian ini begitu berat ?
Ingatlah Allah berfirman yang bermaksud :”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..”(Al-Baqarah:286)

3.Bagaimana harus aku menghadapinya?
Ingatlah firman Allah yang bermaksud :” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.(Al-Baqarah :45)

4.Kecewakah aku dengan apa yang berlaku?
Ingatlah firman Allah yang bermaksud :”Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa ) dan (dalam pada itu) Allah emmafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu’(Asy-Syura :30)

5.Mampukah aku menghadapinya?
Ingatkah Allah berfirman :”..Janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf :87)

6.Kepada siapa aku berharap?
Ingatlah firman Allah yang bermaksud :”..Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan DIA, kepadaNya aku berserah diri dan DIAlah yang mempunyai Arasy yang besar “.(At-Taubah :129)

7.Apa yang akau peroleh daripada semua ini?
Ingatlah Allah berfirman:”..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”.(Ali Imran :160)

(Sinar Rohani/Mei-Jun 2007/JAKIM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan memori lawatan anda disini:------->