Isnin, Februari 16, 2009

-DOA UNTUK IBU BAPA -


Ya Allah
Rendahkanlan suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang Besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadilah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu ditempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pangasih.......Amin Ya Rabbul Alamin
"Ayahanda....Bonda ampunkanlah dosa-dosa anakanda"
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup dirundung
nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya, Istighfarlah...Istigfarlah......
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah
bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalkan memori lawatan anda disini:------->