Pada 22/11/2009 telah diadakan majlis berkhatan anjuran oleh Kak Anum & Keluarga di Perumahan Kg. Makmur. Seramai 9 orang termasuk Fahmi turut serta dan Alhamdulillah majlis selamat disempurnakan.
Syukur Alhamdulillah, Irsyad terselamat menurut Irsyad semasa kejadian dia baru sahaja melepasi jambatan gantung untuk ke tempat makan (minum malam lebihkurang pukul 10.30 malam pada 26/10/2009)dan melihat jambatan runtuh dengan sekelip mata. Trajedi tersebut yang mengorbankan tiga peserta perkhemahan 1Malaysia.
Irsyad dan 2 orang lagi pelajar Sek. Keb. Changkat Tin yang terpilih mengikuti Kem 1Malysia di Pusat KoKurikulum PDD di Sek. Keb. Kuala Dipang yang disertai 298 orang murid Tahun 6 dan 5.
Mohonlah syurga Allah dan minta jauh daripada nerakaNya. Bertaqwakal kepada Allah agar anda termasuk di dalam golongan para waliNya. Jadikanlah anda orang yang yang mengharapkan keampunan dari Allah serta RahmatNya, sentiasa bersangka baik anda kepadaNya. Besegeralah untuk bertaubat dari segala dosa, tutuplah segala kejahatan dengan kabaikan serta elakkan dari menangguhkannya.